Saturday 2 September 2017

Tips Rancang Cuti

Kali ini, Kak Ida akan berkongsi tips-tips merancang cuti terutama ketika kita bercuti panjang.

Sama ada ketika musim persekolahan, cuti hari raya dan lain-lain lagi.


Hari cuti adalah waktu yang kita gunakan untuk berehat panjang dan melupakan hal-hal kerja. Namun begitu, banyak kali terjadi adalah pembaziran cuti. Oleh itu, cuti perlu dirancang dengan baik untuk digunakan pada masa-masa kecemasan. Rancanglah cuti dengan baik.


Selesaikan terlebih dahulu kerja yang sepatutnya. Buatlah kerja lebih masa (jika perlu) untuk mengelakkan kita tidak tenang ketika bercuti.

Periksa dahulu jumlah cuti yang ada. Rancang cuti yang bakal diambil sehingga ke hujung tahun. Peruntukkan dengan bijak agar semuanya seimbang. 

Maklumkan pada ketua berapa banyak cuti yang perlu diambil. Ini bagi memudahkan semua pihak untuk menanggung kerja kita sepanjang ketiadaan kita di pejabat.

Isi borang cuti seawal yang boleh.

Sebelum menghantar borang cuti, semak dahulu baki cuti, jumlah hari ketika bercuti dan tarikh-tarikhnya agar tidak berlaku kesilapan. 

Hantar email dan maklumkan kepada para pelanggan untuk memaklumkan ketiadaan kita sepanjang tempoh kita bercuti. Berikan nombor telefon seandainya perlu bagi membantu mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan. Perkara ini mampu mengekalkan hubungan baik.

Kalendar

Tips Rancang Cuti

Kali ini, Kak Ida akan berkongsi tips-tips merancang cuti terutama ketika kita bercuti panjang. Sama ada ketika musim persekolahan, cuti ...